Nampaknya percintaan di alam persekolahan sudah sampai ke tahap yang baru apabila ada pasangan murid sudah pandai melamar di dalam kawasan sekolah.
Biarpun, status identiti mereka tidak diketahui, secara jelas memang perbuatan sebegitu tidak sesuai dan tidak patut berlaku dalam kawasan sekolah.
Bukan itu sahaja, video si pelajar perempuan berlari ke pelajar lelaki dan kemudian mereka bercium kini sudah viral di laman sosial dan Youtube.
Ada pihak bimbang trend berkenaan akan cepat tersebar dan mula merebak ke sekolah-sekolah lain pula nanti.
Daripada pakaian seragam, memang kejadian berlaku di sebuah sekolah menengah di dalam negara.
Video berkenaan mungkin dirakamkan oleh pelajar lain kerana kelihatan rakan lain turut bersorak apabila mereka berdua berpelukan dan saling bercium antara satu sama lain. Credit : PRU14.tv
0 ulasan:
Catat Ulasan