Setiap yang hidup, pasti akan mati dan akan pergi mengadap Sang Penciptanya, Allah SWT.
Walau siapa sekalipun, kematian akan mendatangkan rasa sedih, pilu dan sebak dan rasa kehilangan.
Kami kongsikan posting seorang wanita Tun Azah Aziz menerusi Facebooknya, tentang ketiadaan ibunya yang meninggal dunia baru-baru ini.
Bahawa sebagai anak, kita perlu memberikan sebaik-baik penghormatan kepada seorang ibu yang selama ini telah mengandungkan kita, membesarkan, mendidik dan menjaga segalanya demi kehidupan kita.
"Satu hari nanti ALLaH akan amek mak kita balik.. Waktu tu kita kena terima.. Dan kita sebagai anak jangan duduk diam je..Memang sedih.. tapi kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir utk mak..
Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak.. Tengok muka mak.. tengok lama-lama.. Ni kali terakhir nak tengok.. Lepas ni cuma dapat tengok kat gambar je.. Sentuh lembut2 badan mak.. Belai lembut2 badan mak.. Cakap dalam hati… “Ni la orang yg lahirkan aku.. Yg besarkan aku.. Mak didik aku sampai aku jadi orang.. Mak ajar aku jadi perempuan yg baik..Walaupun kadang-kadang aku kecikkan hati mak, tapi mak tak penah marah aku.. Mak tetap nasihatkan aku.. Lepas ni aku dah takde mak.. Nanti satu hari aku pulak akan jadi mak.. Aku ganti pikul tanggungjawab sama mcm mak…
Tapi waktu tu mak dah takde.. Aku tak dapat nak manja dgn mak lagi.. Aku takde tempat nak bercerita.. Sebelum ni apa je rahsia aku kongsi dgn mak.. Mak… Aku sayang mak.. Camne kalau pasni aku rindu mak? Camne kalau aku perlukan mak??”Amek peluang terakhir ni.. Usap rambut mak…mcm mak usap rambut kita.. Cium pipi mak.. mcm mak cium pipi kita..Tengok mak puas-puas.. Ni last kita dpt tengok muka mak.. Lepas ni takde peluang lagi dah.. Hati-hati jgn sampai air mata kita kena muka mak.. Nanti mayat mak sakit.. Sama-sama pakaikan baju baru mak.. Tengok mak.. Mak cantik tak?
Anak-anak lelaki pulak.. Jangan waktu mak dah siap pakai kain kafan, kita masih sibuk kat luar rumah lagi.. Masuk rumah.. Renung mayat mak.. Renung lama-lama.. Ni last kita dapat tengok mak.. Ni la kali terakhir.. Waktu ni kita dah tak dapat nak cium tangan mak lagi dah.Kita cuma dpt cium pipi mak sekejap..Ni la last kita dpt cium..
Mak wangi sangat.. Lepas ni kita takde peluang lagi nak cium mak.. Cakap dalam hati.. “Aku jahat mcm mana pun mak tak penah buang aku.. Aku degil mcm mana pun, mak tak penah tak bagi aku makan..Pada mak, aku tetap anak dia..Dulu mak tadah muntah aku.. Mak cebokkan taik aku.. Mak dukung aku.. mak suap aku makan.. Mak marah aku sebab aku nakal.. Tapi mak tak penah benci aku.. Lepas ni aku tak dapat cium mak dah.. Aku tak dapat baring atas riba mak lagi dah.. Kalau dulu bila aku makan, mak tunggu temankan aku kat meja.. Mak tengok anak dia ni makan berselera.. Lepas ni aku tak dapat rasa lagi masakan mak..
Mak.. mana anak mak ni nak cari ganti?Mak… mak dah ampunkan dosa2 aku ke, mak???”Bila nak sembayangkan mayat mak, kalau takleh jadi imam, jadi makmum je.. Cepat2 diri kat belakang imam.. Dulu mak selalu suruh kita semayang.. Arini kita semayangkan mayat mak..
Bila mayat mak nak keluar rumah, epat-cepat kita pegang keranda mak.. Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul.. Jangan bagi org lain.. Ni mak kita.. Dulu dia yg dukung kita.. Dia yg bawak kita dlm perut dia.. Takkan mayat dia kita tanak pikul? Waktu jalan bawak mayat mak ke kubur tu, ingat balik waktu mak pegang tangan kita.. Waktu kita baru pandai jalan..Mak langsung tak bagi kita jatuh.. Skrg kita nak hantar mak pegi jauh.. Sampai kat kubur, jangan bagi org lain sambut mayat mak..
Adik beradik lelaki semua terjun dlm liang.. Sambut mayat mak.. Biar kita yg bukak ikatan kafan tu.. Biar kita pusingkan mayat mak mengadap kiblat.. Biar kita yg letak bantal tanah kat belakang badan mak.. Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal.. Ada selimut… jgn sampai kena gigit nyamuk.. Jgn sampai kita sejuk..
Ni kita last dapat tengok mak.. Lepas ni takde dah.. Waktu ni kalau kita ada dosa dgn mak, dah terlambat nak mintak ampun dah.. Biarlah kita yg uruskan mayat mak… Bukan org lain.. Cakap dlm hati.. “Mak.. ni last aku dapat tengok mak.. Ni last aku dapat pegang mak.. Lepas ni aku tak dapat tengok mak lagi.. Aku tak dapat pegang mak lagi.. Aku tinggalkan mak kat sini.. Mak tunggu aku eh.. Sampai masa nanti aku akan jumpa mak kat sini.. Sementara ni mak duduk kat sini.. Aku pulangkan mak kat Tuhan.. Nanti aku doa utk mak.. aku hantar sedekah utk mak.. Mak jangan risau..
Credit : www.siakapkeli
0 ulasan:
Catat Ulasan