Kalau korang adalah antara peminat Sinetron dari negara seberang iaitu Indonesia, korang mungkin mengenali pelakon ini. Pelakon yang dimaksudkan adalah Asmirandah atau nama penuhnya Asmirandah Zantman.
Selain berlakon didalam sinetron, Asmirandah juga popular menerusi iklan pewangi untuk lelaki iaitu Axe. Namun kerjaya pelakon ini sedikit menurun setelah berkahwin dengan lelaki bukan Islam iaitu Jonas Rivanno.
Dan selepas beberapa lama berkahwin, Asmirandah telah mengejutkan banyak pihak apabila memutuskan untuk bertukar agama, setelah suaminya Jonas yang beragama Kristian enggan memeluk Islam.
Keputusan menukar agama itu bagaimanapun mendapat tentangan dan kecaman dari keluarganya. Namun Asmirandah mendakwa cinta lebih penting dari agama dan mengabaikan tangisan ibunya sendiri yang memintanya tidak bertukar agama kepada agama Kristian.
Kini pelakon terbabit aktif mengikut suaminya ke gereja dan dikatakan menjauhkan diri dari keluarganya sendiri kerana tidak mahu lagi mendengar tentang Islam.
Hanya kerana seorang lelaki, wanita muslim ini sanggup meninggalkan agama serta keluarganya. Cuba bayangkan suatu hari nanti jika dia ditinggalkan oleh lelaki tersebut.. Siapa yang untung dalam hal sebegini? -sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan